Followers

Sunday 6 April 2014

GATHERING PULAU PANGKOR PSS (7~9 MARCH 2014)

alahai.. opps, sorry guys for a very late late and late update...
currently kami semua telah pun mengadakan gathering ke PULAU PANGKOR pada 7~9 MARCH 2014
yang lepas.
kalini gathering ada sedikit perubahan.
ye lah before this banyak masa kumpul, sembang dan makan2 je.
kalini kami semua ada buat games.
yup, diakui mungkin ada banyak juga kekurangan tapi kami sedang cuba untuk memperbaiki.

macam-macam hal kalini dan semuanya alhamdulillah sporting habis ye.
pergerakan kami bermula dari PUDU Kuala Lumpur. even ada yang tertinggal tapi kami ada runner yang bergerak. alhamdulillah semuanya settle.
bagi yang naik bas semuanya akan berkumpul di lumut.
sampai sana kami bermalam di lumut.
kami tak tido, habiskan masa di kedai mamak dan duduk kat jeti tu.
pagi je terus naik feri pergi Pangkor
da sampai Pangkor pegi kat rumah persendirian yang telah di tempah.
sampai je ada yang tido, ada yang duduk borak-borak dan ada yang merayau-rayau naik motor. 
sebab masing-masing penat kan

lepas makan tengahari kami duduk2 sembang2 lepaskan penat dan lepastu minum petang.
aktiviti petang bermula.
patut petang tu ada sukan pantai tapi di sebabkan equipment tak cukup dan keadaan tak mengizinkan
kami hanya main pasir, dan mandi laut je.

balik dari aktiviti pantai siap-siap untuk solat dan aktiviti malam.
malam tu ada BBQ. habis BBQ 
kami buat aktiviti balang beracun
gelak ketawa tengok telatah semua orang main permainan ni
then
ada cabutan bertuah. lepastu penyampaian goodies bag

biasa setiap gathering akan ada aktiviti kenalkan diri. kalini tak sempat disebabkan masa dan keadaan yang tak terkawal.
tapi kami semua sempat la berkenalan sesama sendiri dan keadaan jadi riuh kot. gathering yang meriah dan riuh sangat.macam dalam keadaan satu family yang ramai.
lepastu semua orang tidur

esok nya patut nak pergi snoorkeling dan main banana boat.
sebanya masing2 bangun lambat, kami terpaksa selongkar dapur dan masak semua makanan
banyak makanan yang lebih
so masak lah semua apa yang ada.
aktiviti pagi tu adalah makan sampai kenyang.
lepastu bersiap-siap nak balik.
kami dibawa pusing satu pulau dan membeli cenderahati.
sampai kat jeti naik ferri dan balik ke KL semula.
ok now, layan la ragam-ragam kami selama disana.






































No comments:

Post a Comment